Kami bantu anda dari pemilihan projek, proses beli hingga kunci di tangan.













Lokasi projek sangat strategik dengan akses terus ke Tol Bertam (PLUS Utara-Selatan). Memudahkan perjalanan ke Penang Island, Sungai Petani, Kulim, dan seluruh utara. Kurang kesesakan, sesuai untuk mereka yang bekerja di kawasan industri atau komersial. Menjadikan projek ini pilihan ideal untuk yang mahukan lokasi mudah dan cepat.
Projek dikelilingi institusi pendidikan terkenal seperti:
• MRSM Kepala Batas
• UiTM Bertam
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas
• Sekolah Sains Kepala Batas
Kawasan ini mempunyai aliran komuniti pelajar, pensyarah & staf akademik memudahkan demand sewa untuk investor. Kelebihan untuk keluarga: akses pendidikan dari sekolah rendah hingga universiti semuanya dalam radius beberapa minit sahaja.
Projek terletak dalam lingkungan kawasan Penang Technology Park, kawasan teknologi & industri baru. Kehadiran syarikat teknologi, kilang pembuatan dan pusat R&D akan mewujudkan:
• Ribuan peluang pekerjaan baru
• Kemungkinan kemasukan pelabur dari luar negara
• Kenaikan demand untuk rumah sewa & pembelian rumah
Ini menjadikan projek sesuai untuk pelaburan jangka panjang, dengan potensi kenaikan nilai hartanah yang tinggi.
Hanya 5 minit ke stesen ETS perjalanan ke KL, Perlis, Kedah & Perak lebih cepat dan selesa. Menambah nilai mobiliti bagi pembeli yang suka travel atau bekerja luar daerah. Lokasi projek ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahu bergantung 100% pada kereta.
Berdekatan dengan pelbagai pilihan pasaraya utama:
• Mydin
• Lotus’s
• Sunshine
• Pasaraya Bintang & banyak pasar raya komuniti lain.
Kelebihan untuk keluarga, semua keperluan harian ada dalam jarak 5–10 minit. Daya tarikan tambahan untuk pembeli yang suka lokasi yang serba lengkap dan matang.
Lokasi santai dan rekreasi keluarga, hanya 10 minit ke taman tema air Bertam Resort. Menawarkan gaya hidup lebih seimbang untuk keluarga yang suka aktiviti air & percutian ringkas. Prospek menarik untuk Airbnb & homestay kerana kawasan ini sering menjadi tumpuan pelancong domestik.















